Friday, 29 March 2013

HOBI MASA LAPANG 2013

pertama kali melihat arnab ini aku mula berminat untuk membeli dan memeliharanya



Assalamualaikum,,,,,,,,,
                         Di sini ingin saya berkongsi hobi bersama kawan-kawan seperjuangan tentang hobi saya yang terkini.Kalau dulu saya memang tidak mempunyai minat untuk memelihara binatang peliharaan seperti kucing ,arnab dan burung.Pendek kata saya tidak berminat langsung pada haiwan peliharaan tersebut.

                   
 Tetapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Pada tahun 2013,tiba-tiba saya terasa ingin memelihara haiwan tersebut.Permulaannya saya membeli dua ekor arnab iaitu jenis seekor jenis kampung dan seekor lagi jenis kacukan ,saya terlupa nama yang diberitahu oleh peniaga tersebut.
               
   Disebabkan tidak mempunyai kemahiran dalam memelihara arnab,saya terpaksa belajar daripada internet,dari segi pemakanan dan penjagaan haiwan tersebut.
                   
  Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk berkongsi hobi memelihara arnab supaya bagi yang berminat memelihara arnab bolehlah menjadikan tip-tip ini sebagai panduan.Atau kepada sesiapa yang sudi berkongsi ideal bolehlah menghantar kepada saya sebarang ideal untuk saya kongsi bersama sebagai panduan .
                                                  
  makanan arnab                                                           bekas makanan



arnab dan sangkar                                                                      bekas air



                      










Sepanjang saya memelihara arnab banyak yang saya pelajari daripada intenet tentang tip-tips penjagaan arnab antaranya ialah :

1. Tidak menukar makanan arnab sesuka hati kerana penukaran diet secara mengejut akan menyebabkan cirit-birit.

2. Bulu arnab amat mudah kotor.Sekiranya arnab anda kotor,jangan mandikan arnab tersebut,kekerapan memandikan arnab akan menjadi punca serangan paru-paru berair kerana paru-paru arnab amat sensitive

3. Jangan pegang telinga arnab anda.Seelok-eloknya pegang belakang arnab seperti memegang anak kucing

4. Andainya anda mahu menukar makanan arnab sila campurkan makanan lama dengan yang baru dalam nisbah 1:3 .Tambahkan makanan baru lebih sedikit dan kurangkan makanan lama keesokan harinya

5. Bekas minuman tergantung adalah lebih baik,bersih dan selamat.

6. Arnab perlu diletakkan ditempat yang sunyi,selamat,dan kurang lawatan manusia. Bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan arnab.

Saya rasa cukup setakat ini yang dapat saya kongsi tentang hobi terbaru saya untuk tahun 2013.,


















No comments:

Post a Comment