Sunday, 31 March 2013

KUIH KEMBOJA/BAKAR

KUIH BAKAR  /KEMBOJA

 


                

                                          Kuih Bakar Kemboja

Assalamualaikum..
                 
 Inilah makanan kegemaran saya dari kecil sampai sekarang tak pernah merasa jemu..Kalau di Kuala Terengganu orang memanggilnya dengan nama Kuih Bakar.


Kuih bakar ini juga menyimpan seribu kenangan iaitu semasa saya melahirkan anak yang kedua,suami saya bertanya kepada ibu  saya adakah orang yang baru bersalin boleh makan kuih bakar.Apabila ibu saya mengatakan boleh makan.setiap hari ,itulah makanan yang dibeli oleh suami saya.Sehingga ketika itu saya dah jemu pada makanan tersebut.tetapi itu hanya seketika sahaja.

Orang kata kalau nak sedap lagi ,kenalah buat sendiri kerana apabila resepi kita sendiri kita boleh tambah mengikut citarasa kita,Akhirnya saya cuba mencari resepi di dalam internet,dah dah banyak resepi yang saya cuba buat.Alhamdulillah semuanya menjadi.
.
  RESEPI KUIH  KEMBOJA

 Bahan-bahan ( loyang segi 4, 10 x 10 inci )
  • 11/2 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk gula pasir
  • 1 mangkuk telur ( 5 biji)
  • 1 mangkuk air daun pandan (5 helai)
  • 2 mangkuk santan (1 bj kelapa)
  • 1/3 sudu teh garam & sedikit pewarna hijau jika suka.
  • sedikit bijan utk tabur diatasnya
  • 2 sudu makan minyak masak utk kilatkn kuih

 Cara-cara :     
 1.lenser acuan dengan minyak jika guna acuan pecah lapan dalam oven dulu    supaya tidak melekat
 Dsc02308
 
2.Dalam mangkuk gaul rata tepung dan gula ,masukkan air pandan-kacau sebati,masukkan telur-kacau sebati (saya kacau guna blender-senang) ,bila dah agak licin baru masukkan bahan-bahan lain.
(.Orang dulu-dulu buat adunan jadi licin tanpa guna blender,tapi diorang kacau satu persatu)
3.Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam oven ,170c lebih kurang 40 minit
 Dsc03214

4. Sebelum bakar tabur dahulu bijan atas adunan


SELAMAT MENCUBA...............


No comments:

Post a Comment